fb fb fb fb fb

Kes pecah rumah, tiga warga Myanmar ditahan

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober- Tiga beranak warga Myanmar berjaya diberkas dipercayai terlibat dengan kes curi dan pecah rumah di Kemaman, Terengganu.

Ketiga-tiga suspek wanita berusia 13 hingga 40 tahun itu ditahan di Kampung Binjai, Kemaman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata penahanan suspek utama berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di negeri itu dan satu kes di Johor.

Hasil siasatan mendapati suspek utama berusia 30 tahun itu menggunakan kedua-dua anaknya berusia 13 dan 14 tahun sebagai dorongan untuk menarik perhatian orang lain sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Semasa ditahan, pihak polis berjaya merampas dua kenderaan, wang tunai, senjata tajam dan 10 buah beg bernilai lebih RM100,000.

"Modus operandi suspek menggunakan kenderaan yang ditukar nombor plat setiap kali melakukan jenayah.

"Mereka juga akan melakukan pergerakan pada waktu siang sahaja, ketika mangsa tiada di rumah dan keluar bekerja," katanya kepada pemberita di sini.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek utama positif dadah jenis methamphetamine manakala dua lagi mangsa negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM