fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat

Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Hilir Perak

IPOH, 25 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 245 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi, berbanding 244 orang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian.

"Di Daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 185 penduduk daripada 59 keluarga.

"Manakala 41 penduduk daripada 15 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap," kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan.

Sementara itu, di daerah Kerian iaitu PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 19 penduduk dari Kampung Matang Tengah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM