fb fb fb fb fb

PATI lolos, operasi kesan 123 tahanan giat dijalankan - Polis Perak 

Daripada angka itu, 115 orang merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi warga Myanmar.

BIDOR, 2 Februari- Operasi mengesan baki 123 tahanan yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan sehingga kini seramai tujuh tahanan telah berjaya dikesan.

Dalam kejadian malam tadi, 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Bidor, Perak.

Daripada angka itu, 115 orang merupakan etnik Rohingya, manakala 16 lagi warga Myanmar.

Seorang daripada tahanan berkenaan, disahkan maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM