Kes kemalangan harian menurun – Polis

Foto FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kes kemalangan jalan raya harian di seluruh negara mencatatkan penurunan apabila sebanyak 1,845 kes direkodkan pada Rabu, berkurangan 32 kes berbanding hari sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan kematian direkodkan, berkurangan satu kes berbanding tempoh sama sebelumnya.
  • Penurunan dilihat sebagai perkembangan positif dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.
  • JSPT PDRM menegaskan pemantauan serta penguatkuasaan akan terus dipergiat.
  • Tindakan bertujuan memastikan pengguna mematuhi peraturan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapan kematian turut direkodkan, iaitu penurunan satu kes berbanding tempoh sama sebelumnya.

Penurunan tersebut dilihat sebagai perkembangan positif dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.

JSPT menegaskan pemantauan serta penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.