
BANTING, 25 Jun – Sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2 dekat Bukit Changgang terjejas banjir dipercayai berpunca kejadian ban pecah.
- JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.12 pagi.
- Siasatan awal mendapati ban pecah kira-kira 800 meter dari lokasi dan banjir berkedalaman antara satu hingga tiga kaki.
- Tiada kemalangan jiwa. Penduduk dinasihat berpindah ke lokasi selamat dan operasi pemantauan dijalankan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.12 pagi tadi.
Komander Operasi, PBK I Mohd Nasarudin Sharudin memaklumkan, siasatan awal mendapati banjir yang dianggarkan berkedalaman antara satu hingga tiga kaki itu berpunca daripada ban pecah yang berlaku kira-kira 800 meter dari lokasi.
“Kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
“Penduduk terjejas dinasihat berpindah ke lokasi selamat sebagai langkah berjaga-jaga,”katanya.
Pihaknya turut melaksanakan operasi pemantauan di lokasi terjejas. Penduduk dinasihat berpindah ke lokasi selamat