fb fb fb fb fb

Kes jenayah komersial, KDN bekerjasama dengan Interpol

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN ) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol).

Ia bagi menumpaskan kes jenayah komersial terutama membabitkan penipuan dalam talian.

Pada Jun 2019, PDRM berkerjasama dengan Agensi Polis Kebangsaan Korea selain pihak berkuasa Singapura dan Hong Kong.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said)

"Operasi bersama dengan Korea National Police agensi dimana empat pusat panggilan perjudian dalam talian di kawasan Lembah Klang telah diserbu melibatkan tangkapan warga Korea yang terlibat dalam perjudi dalam talian dimana warga Korea telah menjadi mangsa," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wakil Beufort Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Selain itu, pihak PDRM bekerjasama dengan Polis Singapura dan Hong Kong bagi menangani Macau Scam dan Love Scam dimana tiga suspek warga asing Nigeria bersama dengan 14 pemegang akaun penipuan dalam talian di Malaysia.

Polis Taiwan juga turut bekerjasama dengan PDRM dalam memberkas warga Malaysia yang membuat penipuan dalam talian di Taiwan dengan kerugian RM2.9 juta.

Media Baharu