GEORGE TOWN, 1 Julai - Tiada sebarang kecederaan pada badan wanita dan anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Jalan Bukit Gambir, di sini petang semalam.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad, maklumat itu hasil bedah siasat dilakukan ke atas kedua-dua mangsa.
"Pemeriksaan dalaman turut mendapati, berlaku pereputan organ serta tiada kecederaan yang mencurigakan.
Sehubungan itu, kes kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya, dua tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri.
Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung bau busuk dari kediaman terbabit pada pukul 4.41 petang.