fb fb fb fb fb

Kes fitnah PM, lebih 10 NGO buat laporan polis

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Lebih 10 gabungan badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan itu menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan terhadap aktivis, Iswardy Morni.

Menurut Otai Reformis, Mustapa Mansor terdapat dua kandungan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar yang telah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kita akan terus memantau kegiatan pemfitnah sama ada di media sosial atau apa sahaja media yang berbuat perkara sama.

Kenapa kami terus membuat laporan-laporan ini? Ini kerana kita mempunyai misi yang jelas iaitu kita tidak mahu negara ini tenggelam dengan fitnah," kata Mustapa kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Digital Malaysia (MEMO), Shahbudin Embun berkata budaya memfitnah atau menyebarkan berita tidak sahih dalam kalangan masyarakat perlu dibendung, jika tidak akan menjadi barah buat negara.

"Tindakan kita melaporkan itu adalah satu perkara yang serius. Saya lihat pemimpin pembangkang serta penyokong suka terhadap budaya memfitnah, melemparkan tomahan dan tuduhan tidak berasas. Kemudian, akhirnya hanya tampil membuat permohonan maaf di media sosial sahaja, jika tidak benar," kata Shahbudin kepada pemberita, hari ini.

Justeru, kenyataan berunsur hasutan dan fitnah yang dibuat adalah bertentang dengan Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 dan 5, Akta Fitnah yang berniat menjatuhkan reputasi kerajaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM