SHAH ALAM, 10 Oktober - Sebanyak lima 5,695 kes bankrap direkodkan oleh Jabatan Insolvensi pada tahun lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, daripada jumlah itu didapati seramai 419 individu terdiri dalam kalangan golongan belia berusia 25 hingga 34 tahun.
Jelas Hannah, pinjaman peribadi merupakan punca utama masalah kebankrapan dalam kalangan belia.
"Punca terbesar menyumbang kepada kes kebankrapan adalah pinjaman peribadi yang menyumbang 46.8 peratus daripada kebankrapan.
"Setiap tahun jumlah tersebut semakin bertambah", katanya demikian kepada media selepas Majlis Penutupan Konvokesyen Literasi Kewangan Belia Tahun 2023 di sini.
Konvokesyen Literasi Kewangan Belia Tahun 2023 bertujuan memberi fokus kepada pendidikan Literasi Kewangan selaras dengan rangka Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030).
(FOTO FBÂ zahidhamidi.fanpage)