SHAH ALAM, 10 Oktober- Kerajaan bercadang memperkenal modul literasi kewangan dimasukkan ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia bagi mengekang generasi muda khususnya belia terus terlibat dalam masalah kewangan bagi mengelakkan golongan itu bankrap.
"Beberapa pendekatan mesti dilakukan kadar kebankrapan insolvensi dapat ditangani di peringkat awal. Sekiranya ia tidak dilakukan ia dikhuatiri menyebabkan golongan ini akan berhutang sebelum memasuki alam pekerjaan.
"Saya akan turut menekankan tentang soal literasi kewangan ini agar dimasukkan sebagai salah sebuah modul yang penting. Perkara ini dapat dilakukan dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), manakala PLKN pula bawah Kementerian Pertahanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 di sini.
Ahmad Zahid institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.
(Ahmad Zahid Hamidi)