fb fb fb fb fb

Kes aniaya pembantu rumah,majikan terlibat bakal disenarai hitam

SHAH ALAM, 24 Februari - Mana-mana majikan yang dikenal pasti menafikan hak-hak kebajikan Pembantu Rumah Asing (PRA) sebagai pekerja termasuk melakukan penganiayaan, akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan menggajikan PRA pada masa akan datang

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan majikan yang didapati mengambil kesempatan ke atas PRA seperti tidak membayar gaji.

Menurutnya, meskipun kejadian kes penganiayaan terhadap PRA agak terpencil, namun ia telah menjejaskan imej dan nama baik negara.

"Perkara ini juga turut menjejaskan usaha kerajaan dalam memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) penggajian PRA dengan negara sumber seperti Indonesia dan Kemboja," katanya dalam satu kenyataan.

Saravanan juga berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar Malaysia menandatangani MoU berhubung Pekhidmatan Domestik Indonesia (PDI), dengan segera.

Media Baharu