fb fb fb fb fb

Cuba bunuh diri dari tingkat empat atas bumbung balai polis

SUNGAI PETANI, 23 Februari - Tindakan seorang lelaki yang cuba membunuh diri di atas bumbung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini dipercayai berhalusinasi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, suspek berusia 47 tahun itu pada awalnya membuat laporan polis kerana mendakwa dia diekori seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut berhalusinasi dan didapati kurang siuman.

Menurutnya, suspek tersebut naik ke atas bumbung tingkat empat bangunan berkenaan melalui pintu besi penghubung bumbung yang tidak berkunci kerana kerja penyelenggaraan.

"Petugas pondok pos pengawal IPD melihat lelaki terbabit jam 4.45 petang sebelum dia memaklumkannya kepada pengadu yang juga seorang pegawai polis," katanya.

Kemudian pegawai terbabit kemudian bergegas ke padang kawad dan melihat suspek berada di bumbung tanpa memakai baju.

"Setelah 30 minit pihak bomba telah berjaya memujuk lelaki tersebut dan telah dibawa turun pada jam 6.25 petang.

"Suspek dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menjalani rawatan psikiatrik," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.







Media Baharu