fb fb fb fb fb

Balu bekas Mufti Perak meninggal dunia

IPOH, 24 Februari - Balu kepada bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Perkara itu disahkan anak kelima pasangan tersebut, Datuk Ahmad Wafi Harussani kepada RTM.

Menurut Datuk Ahmad Wafi, ibunya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan akibat demam di sebuah Hospital Swasta di Ipoh.

"Selepas bapak saya meninggal, abang saya meninggal keadaan kesihatan dia agak merosot, dan dalam 2 bulan lepas dia dah mula terbaring di atas katil dan tak boleh bercakap,tak boleh nak bertindak balas, jadi keadaan dia memang diuruskan oleh orang sekeliling," katanya.

Tambah Ahmad Wafi, keputusan ujian Covid 19 yang dijalankan ke atas Allahyarham adalah negatif.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat pada pukul 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, hari ini.

Media Baharu