fb fb fb fb fb

Speaker DUN Kelantan umum kekosongan kerusi DUN Nenggiri

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU, 19 Jun - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri bermula hari ini.

Jelas beliau pada 13 Jun lalu DUN Kelantan menerima notis bertulis bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang telah hilang keahlian daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ini sekali gus berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN yang diwakilinya itu.

"Maka pada tarikh yang sama iaitu 13 Jun 2024 Dewan Negeri Kelantan turut menerima pemberitahuan daripada Setiausaha Agong Parti BERSATU bahawa keahlian YB Mohd Azizi Abu Naim telah terhenti dengan serta merta dan tidak lagi menjadi anggota parti Bersatu. (Surat daripada BERSATU yang mengesahkan terhentinya ahli).

"Jadi setelah berpuas hati dengan apa yang ada maka saya Datuk Seri Amar Diraja Datuk Mohd Amar Abdullah Speaker DUN, dengan ini mengistiharkan menurut fasal 1 perkara 31A bahawa telah berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri N43 yang diwakili oleh YB Mohd Aziz Abu Naim.

"Maka dengan ini menurut fasal 4(4) perkara 31 A kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri N43 Nenggiri kenalah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemberitahuan itu daripada speaker," kata Mohd Amar, di sini.

Pada 12 Jun lalu, BERSATU menyerahkan notis terhenti serta-merta kepada enam wakil rakyat yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut fasal 10.4 perlembagaan parti itu.

Dua daripada mereka ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

TETITIA YUSOFF