fb fb fb fb fb

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentangkan di Parlimen Khamis ini

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 27 November- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen Khamis ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah tersebut bukti komitmen kerajaan memastikan kadar upah kompetitif dan bermaruah dapat dinikmati golongan pekerja, selari kos sara hidup.

Tambahnya, walaupun gaji minimum telah berjaya dilaksana, namun ia banyak memberi manfaat kepada kumpulan pekerja-pekerja bawahan seperti pekerja asing.

"Gaji untuk pekerja muda yang mula-mula memasuki sektor pekerjaan atau pun pekerja separuh kemahiran, yang telah bekerja lima tahun,10 tahun, gaji mereka ini yang susah hendak naik. Jadi sebab itu, kita ada keadaan yang mana gaji median, iaitu gaji pertengahan pekerja-pekerja kita ialah sekitar RM 2,600 sahaja iaitu hanya RM11 lebih tinggi daripada paras kemiskinan keluarga.

Oleh sebab itu, perlunya menetapkan lantai gaji tersebut dengan satu lagi dasar yang boleh melonjak dan menggalakkan peningkatan gaji bagi kumpulan-kumpulan lain yang tidak tertakluk kepada gaji minimum.

Selain itu, katanya, kerajaan akan memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar untuk RON95 pada separuh kedua, 2024. Ia bagi memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara, anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN