PUTRAJAYA, 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalin kerjasama dengan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).
Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata ia bagi menjayakan komitmen Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG) di peringkat nasional dengan pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu.

"MoC ini membolehkan urbanice di bawah KPKT dan juga kerajaan Malaysia untuk bersama-sama dengan UN-Habitat dalam melihat kepada beberapa aspek.
"Boleh saya katakan, di mana kita akan memberikan bantuan ataupun sokongan kepada urbanice dan juga bandar-bandar yang menjalinkan kerjasama bersama UN-Habitat dari segi latihan dan kita akan bekerjasama," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani MoC antara urbanice Malaysia dan UN-Habitat, di sini.
Majlis menandatangani perjanjian disaksikan Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican