fb fb fb fb fb

3,000 pembekal disasar sertai MASPRO, bantu tingkat pengeluaran beras negara - Ronald

(FOTO HIASAN)

SERDANG, 11 Ogos - Seramai 3,000 pembekal perkhidmatan disasar menyertai Pembekal Perkhidmatan Pertanian (MASPRO) kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata selain membekal perkhidmatan mekanisasi dan automasi profesional, bertauliah serta moden, MASPRO juga berperanan menyokong aktiviti penanaman padi menggunakan teknologi terkini di kawasan MADA.

(Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

"Model e-goverment yang digunakan sebagai platform capaian maklumat setempat dan membolehkan komunikasi melalui platform digital.

"Inisiatif ini juga akan membantu program smart sawah berskala besar di kawasan bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran padi dan beras negara," katanya.

Tambah Ronald, menerusi MASPRO, penghasilan beras negara dijangka meningkat 40 peratus kepada 6.7 tan hasil kasar padi setiap hektar menjelang 2025.

Ia secara langsung menyokong sasaran tahap sara diri (SSL) beras negara lebih 75 peratus sebagai jaminan makanan untuk rakyat.

Media Baharu