fb fb fb fb fb

Kerjasama UKM-GSB dengan institusi perbankan, tingkat kualiti pengajaran dan perkhidmatan pelajar


PUTRAJAYA, 25 Januari - Pusat Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) menjalankan kolaborasi dengan beberapa institusi perbankan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar yang menyambung pengajian tinggi di UKM.

Kerjasama itu melibatkan syarikat-syarikat perbankan Malaysia seperti Malayan Banking Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Affin Bank Berhad, Bank Muamalat Berhad dan Alliance Bank Berhad.

Antara program pascasiswazah yang disediakan adalah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Falsafah Kedoktoran dan Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan.

Sementara itu, UKM-GSB turut melancarkan logo baharu GSB yang menjadi penyuntik semangat warga fakulti.

Selain itu, GSB juga melancarkan 13 buah buku ilmiah hasil nukilan pensyarah-pensyarahnya.

Pelancaran logo baharu dan buku-buku tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Hotel, hari ini.

Buku-buku itu terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan pemasaran.

Media Baharu