fb fb fb fb fb

CWAL perkasa dan memartabatkan kemampuan wanita dalam bidang profesional



KUALA LUMPUR, 25 Januari - Penubuhan Pusat Kemajuan dan Kepimpinan Wanita (CWAL) merupakan langkah proaktif untuk terus memperkasa serta memartabat kemampuan wanita dalam bidang profesional.

Pengarahnya, Juruteknologi Dr. Jimisiah Jaafar berkata matlamat penubuhannya untuk membantu golongan wanita dalam bidang penyelidikan dan inovasi, pembangunan ekonomi luar bandar serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Tinggi (HTVET).

Pada masa sama, CWAL berfungsi sebagai pusat akademik dan penyelidikan serta menyediakan kursus-kursus pemerkasaan wanita disamping memberikan idea dan program-program berimpak tinggi kepada masyarakat.

" Kami adalah untuk memperkasakan kaum wanita. Semalam kami juga telah melantik 23 ketua kluster untuk membimbing kaum wanita ni. Sebenarnya, visi kita adalah sebagai pusat kecemerlangan yang bertaraf tinggi untuk memajukan dan memperkasakan wanita kearah kemakmuran dan kualiti hidup yang yang lebih baik," kata Dr. Jimisiah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

CWAL yang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Januari 2022 dan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

 

Media Baharu