fb fb fb fb fb

COVID-19: 46.6 % populasi dewasa telah menerima dos penggalak setakat semalam

PUTRAJAYA, 25 Januari - Lebih 10 juta individu atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), Lebih 22 juta atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka.

Sementara itu sebanyak 10 lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu hanya satu kes meninggal dunia di luar kemudahan hospital.

Pertambahan itu menjadikan angka kematian terkumpul kepada 31,902.

Malaysia merekodkan sejumlah lebih 2 juta kes COVID-19 setakat semalam.

Jumlah kes aktif turut meningkat kepada 45,208 termasuk 2,762 kes menerima rawatan di hospital.

Media Baharu