fb fb fb fb fb

Kerjasama rapat Malaysia-Thailand, perhebat beberapa sektor dalam negara- PM

(Perdana Menteri berucap pada Majlis Minum Petang
bersama Diaspora Malaysia di Thailand/JPM)

BANGKOK, 9 Februari- Malaysia mahu bekerjasama lebih rapat dengan Thailand bagi memperhebat beberapa sektor dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Thailand mempunyai kelebihan dalam bidang keselamatan makanan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

Menurut Datuk Seri Anwar, Malaysia berminat untuk meningkatkan hubungan bilateral dengan Thailand juga kerana ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/JPM)

"Thailand mempunyai bidang-bidang tersebut, termasuk keselamatan makanan. Malaysia lebih cemerlang dalam sektor getah dan sawit. Bagaimanapun, dalam isu makanan, umumnya kita ketinggalan, itu penting. Beberapa bidang lain iaitu teknologi maklumat (IT), pengangkutan, tenaga, Thailand lebih ke hadapan. Kita mesti manfaatkan. Meningkatkan hubungan dua hala dengan Thailand akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan kedua-dua isu.

"Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang lain dalam perjalanan singkat ini, mesej jelas bahawa kita akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan hubungan itu adalah cemerlang dan menggunakannya untuk kepentingan rakyat kita sendiri, dari segi keselamatan, mata pencarian, perdagangan, pelaburan, aktiviti bersama, usaha bersama dalam perniagaan dan perdagangan. Tetapi ia harus melangkaui ekonomi dan keselamatan kepada budaya dan pendidikan, begitu banyak persamaan, cabaran yang kita hadapi bersama", katanya

Perdana Menteri berucap pada Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Thailand.

Dalam ucapan sama, Datuk Seri Anwar mahu menyelesaikan beberapa isu membabitkan kedua-dua negara yang masih tertangguh.

Perdana Menteri tiba di Bangkok pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan bagi lawatan rasmi selama dua hari ke Thailand.

Media Baharu