fb fb fb fb fb

Kerjasama masyarakat diperlukan capai objektif penyasaran subsidi diesel

Datuk Azman Adam

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kerjasama masyarakat diperlukan dalam memastikan penyasaran subsidi diesel mencapai objektif pelaksanaannya kata Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam.

"Maklumat-maklumat yang kami terima akan disiasat dalam tempoh 24 jam. Jadi oleh sebab itu adalah mustahak untuk orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat dengan lengkap.

"Kami telah menyediakan pendekatan yang kelima satu talian khas untuk membolehkan mereka menyalurkan maklumat aduan kepada kami 24 jam satu hari melalui aplikasi whatsapp," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

Kementerian itu juga memandang serius beberapa kenyataan pihak industri yang akan menaikkan harga perkhidmatan sejak penyasaran subsidi diesel diperkenalkan.

Beliau berkata menerusi Ops Kesan 2.0 yang diperkenal sejak 8 Jun, ia akan memantau dan menguatkuasakan terhadap sebarang aduan yang diterima.

"Ini bukanlah satu program untuk menghentikan subsidi, program ini adalah satu program untuk memastikan subsidi ini dinikmati oleh golongan-golongan yang berkelayakan.

"...dan hasil daripada perkhidmatan tersebut daripada kita boleh menambah fiskal kerajaan untuk program-program pembangunan yang lebih perlu dan lebih mustahak untuk rakyat negara kita insya-Allah," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI