KUALA LUMPUR, 30 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya dalam memperkukuh serta memperluas kerjasama antara Malaysia dan China ke sektor baharu termasuk tenaga, sains dan teknologi hijau.
Perkara itu seiring meraikan jubli emas hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang disifatkan sebagai 'sahabat sejati'.
Langkah itu juga berikutan penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) termasuk keterbukaan pasaran antara Malaysia dan China terus ditingkatkan.
Penyertaan Malaysia dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai menyaksikan produk Malaysia mendapat sambutan semakin baik.
Buktinya Malaysia meraih hampir RM1 bilion eksport durian ke negara tembok besar itu.
Dalam pada itu dasar pengecualian visa antara Malaysia dan China terus melonjakkan jumlah pelancong mencecah 186 peratus.
Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-China merekodkan AS$200 bilion bukti China kekal rakan dagang terbesar bagi Malaysia sejak 16 tahun secara berturut-turut.
Malaysia juga menjadi rakan dagang kedua terbesar dan negara pengeksport paling besar bagi China dalam ASEAN.