PADANG TERAP, 5 Oktober - Komuniti dan polis perlu terus bekerjasama erat dalam memastikan kestabilan dan keselamatan masyarakat di kampung-kampung terus terpelihara.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, masyarakat termasuk golongan belia dan polis saling memerlukan antara satu sama lain bagi memantau pergerakan dan kawalan masyarakat setempat.
"Ia sekaligus dapat mengurangkan kegusaran anak-anak muda dan belia bahawa polis bukan semata mata menjalankan tangkapan dan operasi.
"Sebaliknya cakna dan prihatin bersama belia dan masyarakat. Ia juga termasuk ketika masyarakat ditimpa musibah seperti banjir yang berlaku di beberapa daerah di Kedah ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan papan karom kepada Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu di sini yang turut dihadiri Pengerusi Komuniti Polising Pedu, Jefri Mustapa.
Hubungan baik itu juga akan mengeratkan ukhwah komuniti dengan pasukan keselamatan berkenaan.