ALOR SETAR, 14 Mei- Kebersamaan kepimpinan politik di pusat dan Kedah perlu seiring kerana bakal memberikan manfaat terutamanya kepada pembangunan yang diharapkan oleh rakyat.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rakyat perlu memanfaatkan peluang sebaik mungkin menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Kedah yang diadakan tidak lama lagi.
"Ia juga bagi memastikan projek-projek pembangunan daripada kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan lancar di peringkat kerajaan negeri.
"Banyak sektor perindustrian dan pelancongan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Jamuan Aildilfitri Kuala Kedah di sini.
(Ia juga bagi memastikan projek-projek pembangunan daripada kerajaan
Persekutuan dapat dilaksanakan lancar di peringkat kerajaan negeri)