fb fb fb fb fb

Kerjasama erat TH, Mashariq jadikan persiapan haji lebih lancar

Pengerusi Lembaga Pengarah Al Mashariq Al Masiyyah, Ali Hussein Al Bundugi

MEKAH, 8 Jun- Kerjasama erat yang terjalin di antara Lembaga Tabung Haji (TH) dengan syarikat Mashariq Holdings membolehkan persiapan musim haji 1445H berjalan lancar.

Ini termasuk memberi kelebihan kepada negara memilih lokasi perkhemahan di Arafah dan Mina; penambahbaikan khemah jemaah haji dan aspek penyediaan makanan. 

Pengerusi Lembaga Pengarah Al Mashariq Al Masiyyah, Ali Hussein Al Bundugi berkata, kerjasama jangka panjang yang terjalin membolehkan perancangan strategik dan persiapan awal dilakukan kedua-dua pihak. 

"Disebabkan kita telah menandatangani perjanjian ini, ia membantu TH memperoleh pelbagai kelebihan, menjadi negara pertama memilih tapak perkhemahan, menjadi negara pertama memenuhi semua keperluan, mematuhi aspek pensijilan yang diperlukan.

"Itu kelebihan kerjasama jangka panjang, persediaan awal jika ada kerjasama jangka panjang, boleh merancang pelaburan dan mencapai kejayaan yang lebih," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM