fb fb fb fb fb

KKR sahkan Lebuhraya SPE selamat digunakan

Foto X

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras.  

Menerusi kenyataan di platform X memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati ia hanya kesan garisan hitam iaitu sendi pembinaan semasa kerja konkrit yang dibuat dahulu.

Konsultan juga telah mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat.

Semalam, seorang pemilik akaun X menyuarakan kebimbangan kemungkinan terdapat keretakan di jejambat tersebut berdasarkan dua keping gambar yang didakwa dirakamkan pada April lepas dan bulan ini. 

Ciapan itu mendapat reaksi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mengarahkan sisatan segera dilakukan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM