fb fb fb fb fb

JPN nafi pembabitan dalam program permohonan kewarganegaraan yang tular

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan yang tular di Facebook.

JPN dalam satu kenyataan berkata program itu bukan anjuran bersama pihaknya, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit.

"JPN sentiasa ingin menegaskan bahawa penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat," kata kenyataan itu.

JPN menjelaskan sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon itu sendiri.

Oleh demikian, proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM