fb fb fb fb fb

Membaca semarakkan semangat perpaduan - Saraswathy

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Budaya membaca dilihat mampu menyemarakkan semangat perpaduan, selain mengembangkan ilmu.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami berkata aktiviti membaca secara berkumpulan boleh memupuk perpaduan, di samping nilai murni yang diperoleh daripada bahan bacaan.

Justeru, kementeriannya menyasarkan untuk lebih menghidupkan budaya membaca sejak usia muda.

"Mana-mana generasi yang suka membaca akan mendapat nilai murni dalam kehidupan.

"Semua cerita-cerita untuk kanak-kanak pun menekankan perkara ini," katanya selepas majlis Penutup Pertandingan Bacaan Nyaring di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM