fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Huzz

Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin ketika mendapatkan rawatan di hospital

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga wartawan hiburan tersohor tanah air, Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Huzz yang meninggal dunia pada pukul 6.10 petang tadi.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, penulisan Allahyarham sentiasa dinantikan peminat industri hiburan.

"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham, khususnya adik beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA Pn Nur-ul Afida binti Kamaludin.

"Allahyarham cukup terkenal pada era 80-an hingga 90-an. Penulisannya sentiasa dinantikan peminat industri hiburan.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya menerusi hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI