KUALA LANGAT, 8 Jun- Warga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyambut baik pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menambah peruntukan pembiayaan tambahan sebanyak RM200 juta bagi memperkasa bidang TVET negara.
Tindakan itu sebagai langkah terbaik melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan yang bakal memacu Malaysia menjadi negara maju dan berdaya saing.
"Sebagai warga TVET kami amat terima kasih kepada Perdana Menteri, berkenaan peruntukan RM200 juta untuk pembangunan TVET. Kami harap dana ini memacu perkembangan TVET di Malaysia," kata Timbalan Pengarah Latihan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Suhaidi Mustal.
"Terima kasih Perdana Menteri umum peruntukan RM200 juta untuk pembangunan TVET. Kami warga TVET bangga dengan perubahan tersebut," kata Ketua Unit Dron Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam, Zuraidy Shamsudin.
"Bila mereka sokong apa yang kita minat jadi kita lagi semangat meneruskan benda-benda ini," kata Pelajar CIAST, Meor Muhammad Naiman Meor Mohd Jamil.
Terdahulu, Anwar berkata demikian pada Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut ILP Kuala Langat, Selangor.
Artikel Berkaitan:
PM umum peruntukan tambahan RM200 juta untuk program TVET