MELAKA, 8 Mac- Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji keperluan untuk menambah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, keperluannya dalam usaha melancarkan tadbir urus dan membantu masyarakat dengan lebih berkesan.
(Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)
Jelasnya JPKK juga berperanan dalam membantu kerajaan negeri menyampaikan maklumat, dasar dan polisi kerajaan kepada masyarakat.
“Yang itu ada lagi JPKK yang itu sedang kita kaji dan kita juga usulkan pada kerajaan persekutuan untuk dapatkan kelulusan sebab, elaun diorang sebahagiannya diberikan oleh kerajaan persekutuan sebahagian kerajaan negeri apabila berlaku penambahan ini sudah pasti ada implikasi kewangan kita bagi pada mereka yang benar memerlukan” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program tadbir urus berkesan dan taklimat insurans JPKK dan sidang Melaka di Bukit Palah.
Ketika ini di Melaka terdapat sebanyak 316 JPKK merangkumi 4,108 individu termasuk Pengerusi, Setiausaha dan ahli jawatankuasa.
Manakala sidang pula seramai 301 orang.