(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 8 Mac- Malaysia mengambil sikap terbuka kepada sebarang cadangan, mengembalikan pelaksanaan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia selagi tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan.
"Kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.
"Bagaimanapun, setakat ini kerajaan belum menerima sebarang cadangan tertentu atau menyeluruh daripada pihak swasta mengenainya.
"Tidak ada tempoh waktu ditetapkan untuk projek berkenaan, kerana cadangan pelaksanaan telah dibatalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)