(Foto Facebook Polis Perak)
KAMUNTING, 8 Mac- Dua individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sini semalam.
Sebanyak 14,000 pil yaba dengan anggaran berat 1.425 kilogram bernilai RM280,000 berjaya dirampas menerusi serbuan yang dijalankan di sebuah kediaman pada pukul 11.10 malam.
Ketua Polis Perak, Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan, salah seorang suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Kedua-dua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau bersabitkan kes jenayah.
"Kesemua dadah dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh 14,000 penagih.
"Polis turut menyita dua buah kenderaan dan jumlah keseluruhan rampasan dadah bersama harta sebanyak RM383,500.
"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 14 Mac dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Facebook Polis Perak)