fb fb fb fb fb

Kerja pengalihan kabel, 110,000 akaun pengguna terlibat gangguan air berjadual

FOTO SADA

ALOR SETAR, 6 Oktober - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi melaksanakan kerja-kerja pengurangan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang bermula pukul 10 malam ini.

Menurut SADA, langkah itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengalihan kabel 11kV di laluan bawah tanah sepanjang 250 meter yang merupakan sebahagian daripada skop pembinaan LRA Pelubang Fasa 2.

“Kerja-kerja ini merupakan keperluan teknikal penting bagi memastikan infrastruktur tenaga elektrik berada dalam keadaan baik serta beroperasi dengan lebih efektif dan selamat.

“Bagi mengurangkan impak kepada pengguna, pasukan teknikal SADA telah menjalankan persiapan rapi termasuk mengoptimumkan kapasiti tangki imbangan bagi meminimumkan tempoh gangguan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air berjadual itu dijangka melibatkan kira-kira 110,000 akaun pengguna di sekitar Kota Setar, Kubang Pasu, Ayer Hitam, Pokok Sena dan sebahagian Pendang.

Sehubungan itu, SADA menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan.

Maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui platform media sosial serta laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my.

Pengguna juga boleh menghubungi talian careline i-SADA di 15404 untuk sebarang pertanyaan lan

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE