fb fb fb fb fb

Kerintangan Antimikrob, perlu ditangani semua pihak berkepentingan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 18 November- Kerintangan Antimikrob (AMR) merupakan salah satu isu kesihatan global terpenting yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkepentingan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihak tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan seperti penggubal dasar, pentadbir dan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta serta masyarakat umum.

Beliau berkata apabila AMR berkembang, jangkitan bakteria boleh menjadi tidak boleh dirawat dan kadang-kadang membawa maut.

"Berdasarkan laporan 'Health & Economic Impacts of Antimicrobial Resistance in Western Pacific Region, 2020-2030' yang diterbitkan oleh WHO Western Pacific regional office (WPRO), adalah diunjurkan bahawa jangkitan berkaitan kerintangan antimikrob menyebabkan 5.2 juta kematian dan mengakibatkan jumlah kos ekonomi sebanyak AS$148 bilion di rantau pasifik barat", katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia peringkat Kebangsaan di sini.

Di Malaysia, terdapat 87,000 kematian berkaitan kerintangan antimikrob yang dianggarkan, untuk tempoh sama.

Pada majlis itu, Dr Zaliha juga melancarkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022-2026, yang turut merangkumi sektor kesihatan alam sekitar dan tumbuhan.

ROSLINA BINTI DIN