fb fb fb fb fb

'Keretapi Sarong' meriahkan sambutan Hari Malaysia

(FOTO RTM)

JOHOR BAHARU, 16 September - Seramai 600 peserta terdiri daripada anak muda mempersembahkan tarian dan nyanyian sejauh satu kilometer, sepanjang Sungai Segget, Johor Bahru sempena Program Keretapi Sarong (KS) Johor 2023.

Ketua Pembangunan Sosial Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Raja Taufik Azad Ahmad Suhaimi berkata, program ini diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat kekitaan di kalangan masyarakat khususnya golongan belia negeri Johor.

"Objektif program ini adalah untuk memberi semangat kepada belia agar menyertai platform-platform kreatif juga terhadap elemen keusahawanan kerana terdapat banyak 'booth buat mereka menunjukkan bakat kepada masyarakat", katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Kereta Api Sarong Johor di Komtar JBCC di sini.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk kraf dan bengkel seni, pameran pakaian tradisional pelbagai etnik, persembahan zapin, tarian Cina dan tarian India, pertandingan pakaian terbaik serta banyak lagi.


Acara sama turut berlangsung serentak di bandar-bandar utama seperti London, United Kingdom, Kuala Lumpur, Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Bharu,dan Johor Bahru,.

Terdahulu, Program KS ini dimulakan pada tahun 2012 melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung batik atau pelikat di Kuala Lumpur dan London.


(Ketua Pembangunan Sosial Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),
Raja Taufik Azad Ahmad Suhaimi)

Media Baharu