fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah Bergerak dapat sambutan menggalakkan

(FOTO RTM)

KANGAR, 16 September -Program Jualan Rahmah Bergerak yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI) mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat.

Program yang berlangsung di Taman Sakura, Tebing Tinggi, Bintong, bersempena Hari Malaysia itu telah disertai lebih 500 penduduk yang turut tidak melepaskan peluang bagi barangan yang diperlukan.

Menurut Penaung Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Jualan Rahmah Bergerak menerusi pendekatan Kedai Cari Rakyat dapat membantu rakyat secara lebih bersasar serta memudahkan penduduk mendapatkan barangan yang diperlukan secara lebih mudah berbanding premis perniagaan.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau pelaksanaan Program Jualan Rahmah Bergerak sempena Hari Malaysia di Taman Sakura, Tebing Tinggi, Bintong bersama sukarelawan JATI.

Sehingga kini, lebih 60 penganjuran Jualan Rahmah Bergerak dilaksanakan di seluruh Perlis yang sehingga kini memberi manfaat kepada lebih 60,000 pengguna.


(FOTO RTM)

Media Baharu