fb fb fb fb fb

Kereta jatuh gaung, pemandu cedera parah

IPOH, 18 September- Dua anggota tentera terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 5 meter berhampiran Jalan Pahang, Tapah, pagi tadi.

Insiden itu menyebabkan seorang mangsa parah dan seorang lagi hanya mengalami cedera ringan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.50 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah digegas ke lokasi dan mendapati dua mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tapah oleh ambulan KKM dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Operasi tamat pada 11.54 pagi.


(Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah digegas ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa)

Media Baharu