(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 18 September- Seramai 500 anak orang asli disasarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memasuki universiti awam dan swasta tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sasaran itu berikutan kejayaan anak orang asli memasuki universiti pada tahun lalu melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu melebihi 300 orang.
"Pelajar-pelajar perempuan lebih ramai peratusannya memasuki universiti. Pada jangkaan kami, lebih 67 peratus yang memasuki universiti adalah pelajar perempuan. Masyarakat orang asli tidak terkecuali di dalam hal ini. Bagaimanapun kita ada program second chance untuk kita melakukannya," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat, di sini.
Berkaitan isu tanah orang asli pula, Ahmad Zahid berkata ketika ini kementeriannya sedang memperhalusi beberapa isu berkaitan pertindihan bidang kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.
Manakala pelan strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang dirangka bagi mempertingkatkan kualiti hidup orang asli melalui penyediaan infrastruktur di seluruh perkampungan orang asli.
(Foto BERNAMA)