KUALA LUMPUR, 18 September- Kajian berhubung pelaksanaan cukai kepada industri kelapa sawit sedang dilaksana dan dijangka siap tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini mengambil kira isu kutipan ses sawit yang dilihat membebankan industri berkenaan.
"Kementerian ini juga mengambil maklum akan pengenaan Windfall Levy atau Cukai Luar Biasa ke atas industri sawit. Walau bagaimanapun, Kementerian sedang melaksanakan kajian pengenaan cukai industri sawit dan berharap ia dapat diselesaikan pada tahun hadapan.
"Perkara ini juga akan turut dibincangkan dengan Kementerian Kewangan", katanya.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di Dewan Rakyat.