fb fb fb fb fb

Kereta dihempap runtuhan binaan ECRL, pemandu wanita terselamat

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 18 November - Seorang pemandu wanita berusia 40-an terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Batu Caves berhampiran Tol Gombak, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada 1.47 tengah hari sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Shahrul Nizam Ramlee, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS terbabit dalam operasi, manakala pemeriksaan keselamatan struktur sedang dijalankan.

Operasi diteruskan sehingga kawasan disahkan selamat sepenuhnya.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI