fb fb fb fb fb

Kereta bertembung, satu maut enam lagi cedera

HULU TERENGGANU, 27 Julai- Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di KM 05 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris dekat Selekoh Kampung Tajin, Hulu Terengganu.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV dan sebuah kereta.

Mangsa maut dikenali sebagai, Mohd Ruzaini Daraman, 55 tahun.

Dalam kejadian tersebut, MPV yang membawa tiga penumpang itu dari Sungai Tong setiu ke arah Kuala Berang.

Bagaimanapun semasa tiba di selekoh, kereta mangsa yang membawa dua penumpang dari arah Kuala Berang menghala ke rumahnya di Kg Kuala Jeneris masuk ke laluan MPV berkenaan mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

Mangsa maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Manakala enam lagi yang cedera berusia antara 6 hingga 79 tahun dirawat di Hospital Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superitenden Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

 


(Kemalangan berlaku di KM 05 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris dekat Selekoh Kampung Tajin)

Media Baharu