fb fb fb fb fb

Kerangka perundangan perlu seiring perkembangan teknologi digital – Gobind

Menteri Digital, Gobind Singh Deo / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Sebarang pembaharuan dalam teknologi digital harus diselarikan dengan kerangka perundangan bagi memastikan ekosistem digital negara kekal mampan dan relevan, tegas Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), data besar dan sistem automasi tidak boleh dilaksanakan tanpa penilaian semula terhadap undang-undang sedia ada yang mungkin tidak lagi sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

"Kalau kita serius mahu memacu transformasi digital negara, kita mesti pastikan teknologi yang ada bukan sahaja canggih tetapi juga memberi impak nyata kepada rakyat," katanya selepas Forum Ekonomi 2025 Asean GCC, di ibu negara.

Beliau menekankan pentingnya mewujudkan model penyelesaian digital yang benar-benar berfungsi dengan kerjasama sektor industri dan kerajaan, serta keperluan mengkaji semula dasar dan perundangan yang mungkin menghalang pembangunan teknologi baharu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN