fb fb fb fb fb

Isu parkir pekerja Singapura akan diteliti kerajaan Johor

Ahli Dewan Negeri Skudai, Marina Ibrahim (bertudung hitam)/Foto FB Marina Ibrahim

JOHOR BAHRU, 28 Mei- Kerajaan Johor akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung isu individu yang bekerja di Singapura, meninggalkan kenderaan mereka di kawasan parkir Masjid Khadijah, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Situasi itu menyebabkan jemaah masjid menghadapi kesukaran meletakkan kenderaan.

Ahli Dewan Negeri Skudai, Marina Ibrahim berkata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengambil maklum perkara tersebut dan akan meneliti isu itu secara serius.

Pekerja-pekerja Singapura terbabit dilapor meletakkan kenderaan mereka di kawasan masjid, sebelum menaiki bas untuk ke republik itu.

Jelas Marina, situasi itu turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga tempatan susulan kesukaran pelanggan untuk berhenti meletakkan kenderaan.

Kumpulan itu juga turut bertindak meletakkan kenderaan mereka dihadapan sekolah berhampiran, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

Antara cadangan penyelesaian adalah menyegerakan pelaksanaan Zon Parkir Dua Jam iaitu kenderaan yang parkir melebihi tempoh dua jam akan ditunda.

Selain itu, menyediakan tapak parkir khas bagi pekerja Singapura dan meningkatkan sistem pengangkutan awam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM