fb fb fb fb fb

Kerangka industri penjagaan: Usaha KPWKM tingkatkan penjaga terlatih

Nancy Shukri / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang membangun kerangka industri penjagaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu antara lain bertujuan meningkatkan penawaran penjaga yang terlatih dan berkebolehan.

Ini seterusnya akan mempelbagaikan perkhidmatan penjagaan yang bersesuaian selari peningkatan permintaan masyarakat.

"Ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai penjaga atau caregivers terlatih dan berkebolehan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Dengan peningkatan penawaran caregivers pelbagai tahap kemahiran dan kelayakan, ia seterusnya dapat mengembangkan industri ini serta memberi pilihan yang lebih luas kepada pasaran untuk mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan masing-masing," katanya ketika menjawab soalan Senator, Anna Bell @ Suzieana Perian yang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam mengekalkan golongan wanita berkeluarga dalam pasaran buruh di Dewan Negara di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM