fb fb fb fb fb

Kerajaan umum pakej khas internet untuk penghantar e-hailing esok

FOTO FB Fahmi.Fadzil.1

KUALA LUMPUR, 22 Januari - Pakej khas internet untuk penghantar e-hailing dengan diskaun istimewa, akan diumum esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata keputusan dibuat hasil pertemuan dan perbincangan dengan semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi hari ini.

Menerusi hantaran di facebooknya, Fahmi memaklumkan idea pakej khas itu tercetus, selepas mendengar luahan seorang penghantar e-hailing, bahawa pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Tambah Fahmi, kerajaan Madani mendengar keluhan dan memahami kesusahan golongan berkenaan dalam melaksanakan tugasan.

Justeru, Pakej khas internet yang bakal diumumkan nanti, diharap dapat meringankan kesulitan dan membantu para penghantar e-hailing dalam menjalankan tugas setiap hari.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD