fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak sewenang-wenang lulus permohonan pekerja asing - Sivakumar

(FOTO FAIL)

BATU GAJAH, 10 Februari - Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan permohonan pengambilan pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing meskipun terdapat permintaan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata permohonan tinggi diterima daripada lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

Katanya, kerajaan akan melihat keperluan untuk menambah pekerja asing sekiranya terdapat permohonan.

(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar)

"Buat masa ini memang permohonan itu terlalu banyak dan pihak Kementerian Sumber Manusia sedang memproses dan telah memberi kelulusan dalam tempoh tiga hari seperti mana yang telah dijanjikan.

"Bagaimanapun, kita perlu mengawalnya kerana kita tidak mahu jumlah seperti yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melebihi 2.4 juta orang," katanya dalam sidang media selepas menghadiri istiadat Konvokesyen Kelima Keretapi Tanah Melayu (KTM), di Dewan Bunga Raya Akademi KTM, di sini.

Tambah Sivakumar, kerajaan juga cuba mencari mekanisme terbaik bagi membolehkan majikan berurusan secara langsung, tanpa melibatkan ejen, dalam pengambilan pekerja asing.

“Apabila ada orang tengah, kos akan melambung tinggi malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan perkara ini semalam dan menggesa majikan supaya tidak menggunakan ejen," katanya.

Media Baharu