fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak iktiraf warga asing sebagai peniaga kecil

Nga Kor Ming/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kerajaan tidak mengiktiraf warga asing sebagai penjaja atau peniaga kecil di Malaysia.

Ia selaras peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

Tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, golongan itu juga tidak dibenarkan bekerja sebagai pembantu di premis berlesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Di bawah UUK (Undang-Undang Kecil) Penjaja, PBT tidak mengiktiraf dan membenarkan warga asing sebagai penjaja/ peniaga kecil.

"Malah, PBT juga tidak membenarkan penggunaan warga asing sebagai pekerja/ pembantu di bawah lesen penjaja di premis PBT.

"Ini kerana kerajaan amat prihatin untuk membantu rakyat melalui peluang perniagaan dan memastikan kelangsungan ekonomi peniaga-peniaga dengan mengenakan kadar sewaan premis yang sangat murah dan di bawah harga pasaran," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, yang ingin mengetahui dasar kerajaan berkenaan kebebasan warga asing membuka perniagaan di Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM