(Fahmi berkata jika wujud pelanggaran kandungan sekali pun, tindakan sekatan akan dilakukan
oleh platform media sosial itu sendiri)
DENGKIL, 6 Ogos- Kerajaan tidak berhasrat menyekat atau menutup aplikasi TikTok di negara ini bagi menghalang penyebaran video bersifat provokatif dan fitnah di platform itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Katanya, jika wujud pelanggaran kandungan sekali pun, tindakan sekatan akan dilakukan oleh platform media sosial itu sendiri.
"Kita tidak berniat untuk menutup TikTok waktu ini, tapi sekiranya ada berlaku apa-apa pelangaran ada beberapa langkah termasuk segera memastikan rakyat mendapatkan maklumat tepat.
"Sekiranya akaun ataupun kandungan itu menlanggar garis panduan komuniti bagi Tiktok dan sebagai tindakan oleh platform boleh dilakukan oleh platform, bukan kerajaan," kata Fahmi kepada media selepas merasmikan Program Merdeka @ Komuniti DUN Dengkil di sini.
Beliau juga berkata dua unit bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah diarah supaya menangkis dan menafikan isu-isu fitnah yang berlegar di media sosial.
(Kerajaan tidak berhasrat tutup TikTok)